Orang-orang lama ni banyak petuanya. Walau kadang nampak macam pelik dan tak boleh percaya je tapi menjadi! Haaa..sebab tu jangan dibuat main dan melawak petua mereka ni. Apa pun jangan lupa sandarkan apa-apa pun kembali pada Tuhan kita juga. Yang penting kita usaha sebelum berserah betul tak.
Untuk yang dah tak lama dah nak naik pelamin tu, admin nak share beberapa petua orang Melayu lama ni. Selamat mencuba la yee..
Petua Bakal Pengantin
1. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin bagi menggelakkan perut buncit.
2. Elakkan memakan ulam berbau busuk seperti petai, jering dan kerdas.
3. Jangan minum air berkarbonat kerana mempunyai gula dan gas yang tinggi.
4. Kurangkan makan makanan manis.
5. Kawal dan kurangkan makan setiap hari.
6. Amalkan makan telur ayam kampung dua kali seminggu bercampur madu.
7. Minum air halia untuk membuang angin.
8. Elak minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk organ kelamin.
9. Kurangkan merokok (kalau boleh).
10. Elak makanan dan minuman sejuk.
11. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
12. Jangan makan berulam air bagi mengelakkan perut buncit.
13. Jangan bercermin terutama selepas Maghrib untuk mengelakkan sihir.
14. Jangan pandang cermin ketika disolek Mak Andam untuk elak hilang seri.
15. Jangan membuang alis kerana akan menghilangkan seri pengantin lelaki.
16. Elak daripada terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama, bimbang kulit menjadi gelap dan kering.
17. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum diijabkabul.
18. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan mengawal nafsu dan menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang akan membuat wajah pengantin lebih berseri.
19. Elak keluar rumah tanpa tujuan menjelang perkahwinan dibimbangi bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada di luar.
20. Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana takut disihir oleh mereka yang ada niat tidak baik.
21. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki.
22. Jangan berembun merayau keluar malam bagi mengelak unsur jahat.
23. Elak mandi malam kerana tidak baik untuk sendi-sendi.
24. Jangan membuang air kecill dan besar serentak dalam air, contohnya dalam sungai kerana boleh melemahkan organ kelamin.
25. Elakkan memakai seluar dalam ketat pada waktu malam dan tidur meniarap. Ia tidak baik untuk organ seks kerana darah tidak mengalir ke bahagian tersebut.
26. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula melakukan urutan supaya pengantin bertenaga.
27. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
28. Pastikan tidur cukup, iaitu 7 hingga 8 jam sehari.
29. Banyakan membaca surah-surah tertentu al-Quran bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa mengingati Allah.
30. Belajar ilmu rumahtangga daripada orang berpengalaman dan sudah berkahwin tentang rahsia memikat pasangan supaya rumahtanggan aman damai.
31. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati orang lain.
32. Kedua bakal pengantin lelaki dan perempuan dilarang bercakap ketika bersanding kerana kurang manis dipandang tetamu.
*sumber diperoleh dari laman: http://yeopmaz.com/petua-melayu-lama-untuk-bakal-pengantin/
No comments:
Post a Comment