Perkahwinan bukan sahaja semata-mata untuk memuaskan keinginan peribadi manusia. Bahkan ia bernilai ibadat dan mulia di sisi Allah swt. Bagitulah agama kita mengisyaratkan bahawa barangsiapa yang berkahwin maka dia telah menyempurnakan sebahagian dari agamanya.
Tapi, dalam seronok berbincang bab kahwin ni, elok kalau kita dapat ulangkaji hukum perkahwinan di sisi Islam. Buat yang nak kursus kahwin tu haaa, ini boleh jadi rujukan la untuk korang.
Hukum kahwin boleh dibahagikan kepada lima bahagian merujuk kepada keadaan tertentu. Antaranya ialah:
1) Wajib
Ini untuk orang yang sangat berkeinginan untuk kahwin dalam masa yang sama kemampuannya dari sudut ekonomi dan kesihatannya sudah cukup. Lebih-lebih lagi jika syahwatnya sentiasa bergelora dan khuatir akan terjerumus dalam lembah perzinaan.
2)Sunat
Hukum ini pula terpakai pada orang yang ada syahwat, ada harta tapi tidak merasakan syahwatnya itu boleh mendorongnya ke arah perzinaan.
3) Harus
Harus bagi orang yang ada syahwat tapi tidak mempunyai harta. Atau sebaliknya iaitu ada harta tetapi tidak mempunyai syahwat untuk berkahwin
4) Makruh
Hukum ini jatuh pada orang yang tidak mempunyai harta dan tidak juga berkeinginan untuk berkahwin (lemah syahwat)
5) Haram
Hukum ini terpakai pada orang yang merasakan dirinya tidak mampu bertanggungjawab dan jika berkahwin akan memudarat serta menyusahkan isteri dan anak-anaknya. Begitu juga orang yang sengaja berniat untuk menyakiti pasangannya setelah dia berkahwin.
Semoga perkongsian ini dapat memberikan kita pencerahan tentang hal-ehwal hukum perkahwinan. Bagi yang akan mendirikan rumah tangga pada minggu ini, kami mendoakan agar dipermudah urusan dan dilimpahi keberkatan..aminn..
Sumber gambar:
http://www.google.com/imgres?imgurl=http://40.media.tumblr.com/928b93ae2719d7c83cf8c0b47d3d15d0/tumblr_mfac532Hy31rvxeiqo1_500.jpg&imgrefurl=http://hasanbeyler.tumblr.com/post/38307440745/cute-islamic-wedding&h=320&w=480&tbnid=fHtqiDh-7j3BsM:&docid=kBxn4vcy94b2SM&hl=en&ei=DB9VVvDtIMSHuATUt4rICQ&tbm=isch&ved=0ahUKEwjwo5TIxarJAhXEA44KHdSbApk4yAEQMwgoKCUwJQ
No comments:
Post a Comment