Hujung-hujung tahun ni, ada dua benda yang wajib ada;
satu:
kenduri kahwin,
dua:
musim hujan.
Dua perkara ini dah memang begitu sinonim bagi kita rakyat Malaysia ni lebih-lebih lagi bila sampai bulan 11 dan 12 setiap tahun. Tapi nak buat macam mana, hujan itu rahmat dari Tuhan dan perlu kita syukuri. Bila hujan melebihi yang sepatutnya banjir pula, itu jadi satu ujian Allah bagi pada kita. Nak lihat setakat mana kita kuat menghadapinya dan redha pada ketentuanNya. Janganlah mengeluh pula..
Majlis kahwin pula dah adatnya senang buat musim-musim cuti sekolah panjang macam ni. Mudah kaum keluarga nak pulang ke kampung, anak-anak bercuti, ibu ayah bolehlah minta cuti sekali. Sambil berkenduri, boleh rapatkan tali silaturrahim yang dah genting sangat zaman millenium ini.
Jika tidak disebabkan hadir kenduri entah bila la boleh berjumpa kaum kerabat yang jauh terpisah tu. Masa inilah nak kenal-kenal, rapat-rapat.
Bagi anda bakal-bakal pengantin pula (terutama yang kenduri bulan 11 dan 12), pasti saat-saat ini saat yang mendebarkan.
Debaran naik pelamin dan debaran risau hujan lebat.
Kalau tak kawal berdebar atau gementar ni sedikit sebanyak boleh mengganggu majlis juga tau. Kesannya kita boleh jadi murung, bibir dan mulut kering, sukar bernafas, rasa kaku dan kebas. Paling tak syok, sekejap-sekejap nak ke tandas.
Haaa..kalau dah jadi macam ni,
confirm dah tak comel dah atas pelamin nanti. Gambar-gambar pun jadi tak cun.
Apapun bertenang dan serahlah pada Tuhan. Di sini admin nak bantu redakan debaran tu dengan beberapa tip. Haaa..meh baca kat bawah ni. Tip-tip menghadapi debaran majlis:
1) Ambil Wudhu'
Air kan sifatnya tenang, menyejuk dan mendamaikan. Sebelum bersiap tu ambil la dulu wudhu' pasti anda akan rasa tenang dan lebih yakin. Kalau boleh pagi sebelum majlis lakukan solat hajat, doa agar dimudahkan semu urusan.
2) Berdoa
Doa pada Tuhan supaya semua urusan dipermudahkan hendaknya. Antara doa yang boleh dibaca adalah:
3) Tarik nafas
Lakukan pernafasan sehingga 30 kali. Pastikan nafas disedut hingga ke pusat dan tahan selama 7 saat dan hembuskan kembali. Untuk pastikan nafas disedut dalam-dalam, cuba pegang bahagian dada dengan tangan kanan dan letakkan tangan kiri di bahagian pusat. Jika kedua-dua tangan terasa bergerak bermakna anda berjaya lakukannya.
4) Setiasa fikir positif
Setkan minda anda untuk berfikir yang positif sahaja. Berfikir dengan positif akan dapat menghilangkan rasa risau dan bimbang serta membuang perkara negeatif dari dalam diri.
5) Imaginasi
Pejamkan mata dan bayangkan majlis anda berjalan dengan gilang gemilang. Semua orang seronok dan meraikan anda seperti yang anda idam-idamkan. Bayangkan semuanya berjalan lancar dan tidak ada cacat celanya. Dengan ini kesan positif akan muncul dan anda akan lebih berkeyakinan.
6) Tawakkal
Setelah lakukan semua tips di atas, lakukanlah tips terakhir ini iaitu bertawakkal. Serahlah kepada Allah agar dimudah dan dilancarkan majlis anda nanti. Kita tiada daya dan kuasa melainkan kuasa Allah.
Semoga tips ini dapat membantu anda. Kami di Shima Borhan Doorgift sentiasa mendoakan agar majlis anda semua berjalan lancar dan diberkati serta dirahmati Allah swt.
"Kepakaran Shima Borhan Doorgift adalah membantu bakal pengantin menyediakan pakej doorgift dan kad kahwin comel dan menarik dengan tawaran harga yang terbaik dan termurah di pasaran. Hubungi kami untuk maklumat lanjut: 018-9050497"